Advanced Search
Keyword(s):
in
in
in
Year
From to
Archived
Volume: 8 Issues: 56 [September, 2023]
KONSEP BANDAR SELAMAT: KRONOLOGI DAN PELAKSANAAN DI SABAH
Volume: 8 Issues: 56 [September, 2023]
Nor-Ina Kanyo, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Ruslan Rainis, Norita Anak Jubit, Siti An-Nur Arsyi Lajimin, Norcikeyonn Samuni
Pelakuan jenayah berlaku di kebanyakan bandar di dunia. Masalah ini semakin kompleks dan sukar dibendung. Konsep Bandar Selamat (KBS) atau (Safe City) diperkenalkan bagi menbendung permasalahan jenayah sekaligus meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan penduduk bandar. Di Malaysia, pelaksanaan KBS pada tahun 2004 di bawah tanggungjawab Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) dengan menggariskan sebanyak 23 langkah pencegahan jenayah di peringkat awal pelaksanaannya melalui 3 strategi utama iaitu melalui (i) rekabentuk persekitaran fizikal, (ii) memperkasakan kawasan sasaran dan kegiatan sosial, kemasyarakatan, pendidikan (iii) kempen kesedaran. Namun begitu, KBS telah ditakrifkan dan distrukturkan semula pada tahun 2010. Di Sabah, KBS telah dilancarkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kemudiannya diperluaskan ke daerah lain di Sabah seperti daerah Tawau dan Sandakan. Kertas kerja ini cuba mengetengahkan Bandar selamat dari aspek pentakrifan Bandar Selamat, latar belakang pengenalan dan kronologi pelaksanaanya di Malaysia juga di Sabah dengan lebih terperinci.