Advanced Search
Keyword(s):
in
in
in
Year
From to
Archived
Volume: 7 Issues: 49 [October, 2022] (Special Issue)
ANALISA TERHADAP PEMERKASAAN EKONOMI DAN PERLINDUNGAN HAK SOSIAL WANITA DALAM MENANGANI ISU KEGANASAN RUMAH TANGGA SEMASA PANDEMIK COVID-19 DI MALAYSIA
Volume: 7 Issues: 49 [October, 2022]
Nadzrah Ahmad, Rahmawati Mohd Yusoff, Mohammad Hidir Baharudin
Pencabulan hak wanita berkait rapat dengan penyertaan ekonomi dan kedudukan sosial wanita. Ini adalah kerana wanita yang mempunyai status kewangan dan kedudukan sosial yang rendah lebih berpotensi untuk menjadi mangsa keganasan rumah tangga berbanding dengan wanita yang mempunyai kedudukan sosial yang lebih tinggi. Justeru itu, pemerkasaan ekonomi wanita amat penting dalam memastikan mereka mendapat layanan sosial yang sama rata. Ketidaksamaan dalam isu jantina boleh menyebabkan kepada kes keganasan pada masa hadapan. Penyertaan tenaga buruh wanita direkodkan masih rendah berbanding dengan lelaki di Malaysia. Justeru itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji pemerkasaan ekonomi wanita di Malaysia dan pemeliharaan hak sosial mereka dalam menghadapi isu keganasan rumah tangga semasa pandemik Covid-19. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji rangka kerja sedia ada bagi pemerkasaan ekonomi wanita dan perlindungan hak sosial mereka terhadap keganasan rumah tangga, cabaran dalam melaksanakannya, serta bagi mencadangkan rangka kerja bagi isu ini sebagai sebahagian daripada pembangunan inklusif kerajaan Malaysia. Kajian ini menggunakan analisis kualitatif dan deskriptif dengan mengkaji statut, akta, undang-undang, rujukan ilmiah, dan data yang dikumpul daripada pihak berkuasa yang berkaitan. Kajian ini mendapati bahawa isu penindasan terhadap hak wanita tidak ditangani dengan sebaiknya di Malaysia disebabkan oleh penyertaan wanita dalam ekonomi yang masih rendah dan pengabaian hak yang tidak dititikberatkan. Walaupun isu keganasan rumah tangga dikategorikan sebagai jenayah kemanusiaan di peringkat antarabangsa, wanita di Malaysia masih terdedah kepada pelbagai bentuk keganasan yang dilakukan oleh pasangan mereka terutamanya semasa pandemik Covid-19. Dapatan dariada kajian ini diharapkan dapat menjadi garis panduan kepada kerajaan dalam menangani isu kesaksamaan gender dan keganasan khususnya terhadap wanita.