Advanced Search
Keyword(s):
in
in
in
Year
From to
Archived
Volume: 7 Issues: 47 [September, 2022]
TINJAUAN ADAT KEMATIAN ETNIK SULUK DI DAERAH KUDAT, SABAH DARI ASPEK KEPATUHAN SYARIAH
Volume: 7 Issues: 47 [September, 2022]
Habibah @ Artini Ramlie, Earnie Elmie Hilmi, Saifulazry Mokhtar, Mohd. Sohaimi Esa
Kematian merupakan fasa akhir dalam kehidupan manusia di dunia dan pasti dialami oleh setiap makhluk bernyawa. Terdapat pelbagai tafsiran, adat resam dan kepercayaan antara individu mahupun kelompok masyarakat dalam berhadapan dengan situasi kematian. Etnik Suluk di Sabah juga mempunyai kepercayaan dan adat tersendiri yang diwarisi daripada nenek moyang. Sehingga ke hari ini, adat yang diwarisi tersebut masih ada yang diamalkan oleh sesetengah etnik Suluk. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah meninjau adat kematian etnik Suluk di daerah Kudat, Sabah dari aspek kepatuhan syariah dan membuat penilaian berdasarkan perspektif Islam terhadap status pengamalan adat-adat tersebut. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif menerusi kaedah temu bual. Walaupun etnik Suluk tertumpu di kawasan pantai timur Sabah, data kajian dikumpulkan berdasarkan maklumat sebelas orang informan dari kalangan etnik Suluk di daerah Kudat, Sabah untuk dapatan kajian yang lebih pelbagai. Hasil kajian mendapati terdapat adat kematian etnik Suluk di daerah Kudat yang bercanggah dengan syarak kerana mengandungi unsur-unsur khurafat. Justeru kajian ini diharap dapat membuka ruang untuk mengubahsuai atau menghapuskan terus adat serta amalan tersebut agar selari dengan aspek kepatuhan syariat dan ajaran Islam di samping membanteras adat serta amalan yang bertentangan dengan akidah.