Advanced Search
Keyword(s):
in
in
in
Year
From to
Archived
Volume: 7 Issues: 47 [September, 2022]
KEARIFAN TEMPATAN MASYARAKAT DUSUN DALAM PANTANG LARANG MEMASUKI KAWASAN HUTAN: ANALISIS DARI PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
Volume: 7 Issues: 47 [September, 2022]
Mohammad Firdaus Hasmin, Syamsul Azizul Marinsah
Setiap masyarakat di seantero dunia umumnya mempunyai amalan tradisi yang diwarisi daripada leluhur mereka, salah satunya adalah pantang larang. Pantang larang merupakan istilah yang selalu diguna pakai oleh para leluhur sebagai suatu bentuk peraturan lisan bagi mengawal, menjaga, dan memastikan kehidupan keluarga serta masyarakat sentiasa dalam keadaan yang aman, tenteram dan sejahtera. Sesebuah pantang larang, terbentuk hasil daripada pengalaman para leluhur sewaktu berinteraksi dengan alam sekitar, yang bersifat ‘sebab’ dan ‘akibat’ iaitu, ‘jika melakukan ini dan itu akan terkena ini dan itu’. Oleh itu, setiap pantang larang yang dimiliki oleh sesebuah kaum seringkali diikuti dengan ancaman sekiranya pantang larang itu dilanggar akan ditimpa musibah dan nasib buruk. Justeru, kajian ini cuba untuk meneliti unsur kearifan tempatan (al-hikmah) yang terdapat dalam pantang-larang memasuki kawasan hutan masyarakat Dusun di Sabah. Kajian ini berbentuk kualitatif. Oleh itu, setiap data yang dibincangkan telah dikumpul melalui sesi temubual. Bagi menganalisis data tersebut, pengkaji telah merujuk dokumen yang berkaitan pantang larang, buku-buku saintifik yang berkaitan dan kitab-kitab agama bagi tujuan melihat dari perspektif hukum Islam. Hasil kajian ini mendapati, wujud unsur kearifan tempatan (al-hikmah) dalam kesemua pantang larang tersebut. Sebahagiannya didapati sejajar dengan dalil syarak, manakala sebahagian yang lain disokong oleh bukti saintifik. Oleh itu, pantang larang ini tidak harus diketepikan dan ianya boleh diamalkan.