Advanced Search
Keyword(s):
in
in
in
Year
From to
Archived
Volume: 7 Issues: 47 [September, 2022]
AMALAN SOGIT MASYARAKAT DUSUN DI SABAH DALAM MENGHADAPI MUSIBAH KEMATIAN: ANALISIS PERSPEKTIF ISLAM
Volume: 7 Issues: 47 [September, 2022]
Mohammad Firdaus Hasmin, Syamsul Azizul Marinsah, Suraya Sintang
Kematian merupakan perkara yang pasti akan dirasai oleh setiap makhluk yang bernyawa. Oleh sebab itu, dalam menghadapinya pelbagai kepercayaan, amalan, cara dan adat yang wujud bagi mengendalikan peristiwa yang mengerikan tersebut. Perkara ini, termasuklah etnik Dusun di Sabah yang kaya dengan pelbagai jenis amalan dan adat isitiadat yang diwarisi daripada datuk nenek moyang mereka. Sehinggalah ke hari ini, amalan yang diwarisi tersebut masih ada yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat Dusun di Sabah. Salah satunya adalah amalan sogit dalam menghadapi musibah kematian. Sehubungan itu, kajian ini cuba melihat amalan-amalan sogit yang masih dilaksanakan ketika menghadapi musibah kematian dan membuat penilaian berdasarkan perpsektif Islam terhadap status pengamalan amalan sogit tersebut dalam kalangan masyarakat Dusun Islam. Justeru, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berlandaskan kaedah temubual, dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa, amalan sogit dalam menghadapi musibah kematian ini sebahagiannya mengandungi kepercayaan khurafat dan bercanggah dengan agama Islam, dan sebahagiannya lagi menepati syariat Islam. Oleh itu, amalan sogit yang didapati berunsurkan khurafat perlu dibanteras sepenuhnya dalam kalangan masyarakat Dusun Islam. Manakala amalan yang menepati syariat, tidak harus diketepikan kerana mempunyai pelbagai hikmah dan bertepatan dengan syariat Islam.